RSS Home

Tuesday, May 18, 2010

Nilai dan Tanggungjawab

Telah disebut di dalam Al-Quran kitab yang unggul iaitu setiap kejadian ada fungsi atau peranannya di atas muka bumi ini. Apa itu nilai?...Nilai itu besar definisinya dan amat sukar di terang maksudnya melalui kata-kata...Perkara yang paling bernilai dikurniakan Illahi kepada setiap insan adalah nyawa. Hargailah nyawa makhluk lain seperti mana kita menghargai nyawa kita. Tiada bezanya kita sesama insan dan makhluk. Nilai kita sama. mungkin pada zahirnya tampak berbeza. tetapi ingat lah kita bahawa setiap kejadian Allah swt itu ada peranannya. Penekanan dalam aspek nilai ini amatlah penting. Mengelakkan kita pada terjebak dalam dosa kesukaan syaitan yang direjam dan di lakhnati Allah swt, iaitu keangkuhan dan kebongkakan.

Tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini seringkali di salah ertikan. Kita di pertanggungjawabkan untuk mentadbir bukan untuk memperlakukan ia sesuka hati. Kuasa di muka bumi ini tiada gunanya di akhirat nanti, Tiada lagi layanan VIP, tiada lagi dompet tebal berisi. Kuasa datang bersama tanggungjawab. Besar kuasa di atas muka bumi ini, besarlah tanggungjawab yang harus dipikul. Disini penekanan adalah lebih kepada aspek yang selalu kita terlepas pandang. Contohnya sebagai kawan. Tanggungjawab sebagai kawan adalah cuba untuk memahami bukan menghakimi. Kerap kali kita sering pandang kebaikan diri berbanding orang lain dan ini akan membutakan diri kita sendiri perihal keburukan diri kita sendiri. Acap kali soalan ini di tanya kepada kanak-kanak. Apa cita-cita kamu?. contoh nya, saya mahu jadi doktor. Adakah kita benar-benar faham tanggungjawab sebagai doktor. Sebagai contoh nyata. Saya belajar di IPTA yang agak terkenal di sekitar Selangor. Di sana disediakan satu klinik besar khas untuk warga IPTA termasuklah pekerja-pekerja disana. Rakan sekelas saya kerap megunjungi klinik berkenaan kerana dia sering jatuh sakit. Secara logik akal, tiap kali berjumpa doktor kita akan di periksa oleh doktor. Walaupun hanya demam atau untk mendapatkan cuti kita harus menjalani pemeriksaan. Rakan sekelas saya sudah pun meninggal sekarang. disebabkan pengesanan lewat penyakit tibi nya. Dalam lebih 10 pertemuan dengan doktor-doktor di klinik IPTA masih tiada seorang pun yang mengesan penyakit rakan saya?..hinggakan rakan kehilangan kurniaan ternilai Illahi. Pelik tapi ini adalah kenyataan. Ini lah yang terjadi apabila kita memandang remeh pada tanggungjawab kita. Perkara ini telah saya dialogkan kepada Koordinator program kursus saya. Dia akui dan sedar tapi masih tidak berbuat apa-apa hanya mengisi borang aduan yang entah ya atau tidak di beri perhatian. Cuma pesanan nya pergilah klinik di luar. Klinik di luar?..kalau begitu apa guna nya klinik di IPTA itu???...adakah sekadar untuk menggaji para doktor yang mengambil ringan tentang tanggungjawab mereka??.. Dimana letak nya nilai nyawa di mata mereka. Adakah sudah kabur di bayangi persepsi "stereotype" mereka. "ala..budak-budak ni bukannya betul-betul sakit kadang-kadang, saja jer nk MC tu". Ataupun kabur dibayangi duit yang ditabur sebagai gaji atas tanggungjawab yang mereka sangka tidaklah seberat mana??..

Ingatlah kita bersama-sama. Kita tidak akan dapat lari dari balasan didunia apatah lagi di akhirat kelak. Jika tidak bersedia pikul tanggungjawab janganlah kita bercita-cita. Kerna setiap perbuatan kita dimuka bumi akan berkait dengan insan atau makhluk lain ciptaan Allah swt yang sama nilainya dengan kita.

Monday, March 15, 2010

Mana perginya semangat sendiri?

Impian digapai ...
Meminjam ihsan insan penyemai...
Bangun diangkat...
Tetapi jatuh tidak perlu ditolak...

Perlu dorongan...
Sentiasa menagih sokongan...
Tiada kekuatan sendiri..
Mengharap dan menanti...
Moga ada yang menolong nanti...

Thursday, February 18, 2010

Salam pertama...

Dunia oh dunia...
banyak wayang dan dusta...
sendiri dan sesama kita...
penipuan yg mmbuat kita alpa...
lupa pada pegangan dan siapa kita...
asal usul dan budaya...
hanyut hilang di telan masa...
insan sibuk menjadi pertapa...
menunggu hasil tanpa usaha...
berpegang pada fantasi yang tidak nyata...
olahan diri berdasarkan cerita...
cerita terbentuk dari khayalan semata...
Khayalan Sang Manusia yg selalu terlupa...
Terlupa dan terus terlupa....
Hingga sesat arah di dunia...
walaupun terang di suluh cahaya....